:: Nurul Iman Qistina ::

Archive for August 2009

Assalamu’alaikum… Hi semua… huhu lamanya Qisy tak update blog. Tiba-tiba dah masuk 8 bulan dah usia Qisy.

Qisy 7 bulan 3

So, apakata Qisy kongsi dulu tentang apa yang berlaku menjelang Qisy umur 7 bulan sebulan yang lalu.

1. Qisy dapat buku pertama

Qisy 7 bulan 1

Entah kenapa, masa ikut daddy dan mummy pergi kedai buku MPH, Qisy jadi teruja. Qisy rasa macam nak semua buku-buku kat kedai tu. Daddy pun belilah buku pertama untuk Qisy. Kata daddy;

Besar nanti, daddy tau Qisy mesti suka membaca.

Ikut perangai daddy kot. Daddy ni ulat buku. Dia pun dah 7 buah buku dia tulis. Apa pun, thank you daddy!

2. Qisy jadi pembawa virus

Jangan salah faham tau! Bukan virus H1N1, tapi virus sakit mata. Qisy dapat sakit mata kanan. Mungkin berjangkit kat nurseri kot.

Qisy 7 bulan 4

Yang bestnya, berjangkit kat daddy pulak. Kesian dia kena cuti sehari dari bersiaran langsung sebagai pengacara studio masa Tilawah al-Qur’an Kebangsaan kat Perak.

Lepas tu berjangkit kat mummy, pastu berjangkit kat Aunty Babe yang selalu datang KL untuk urusan kerja dan tengok Qisy. Soriiii semua…

3. Qisy dah boleh duduk

Qisy 7 bulan 2

Bab ni yang paling best. Qisy dah pandai duduk I tell you. Cuma masa tu sedang gigih berusaha untuk ‘landing’ dari duduk kepada meniarap. Pernah sekali Qisy macam terjatuh. Sakitttt… tapi nasib baik mummy ada 🙂 Sayang mummy!!!

Qisy terpaksa berhenti dulu… jumpa lagi ek!

Bab

Advertisements