:: Nurul Iman Qistina ::

Archive for October 2009

300 hari

Asalamu’alaikum!!!

Qisy dah berusia 10 bulan tau 🙂 Tapi yang tak best ialah Qisy demam 3 hari. Mummy sampai ambil cuti sehari semata-mata nak berikan ekstra perhatian untuk Qisy. Love u mummy!!! Daddy kerja sendiri, jadi tak payahlah dia mintak cuti 🙂

Dalam entri pasni Qisy nak cerita tentang mainan baru yang daddy beli untuk qisy belajar jalan. tunggu tau!!!

300 hari 2

Alamak!!! Terkantoi masa tengah main dalam ofis daddy. Huhu 🙂

Di usia 270 hari @ 9 bulan, Qisy dah mula merangkak. Hari pertama Qisy merangkak ialah semasa beraya di Kelantan.

Yang lagi best ialah Qisy kemaruk nak berdiri. Kesian kat mummy dan daddy sebab kadang-kadang (macam selalu jer, hihi) Qisy akan menangis atau merengek bila duduk atau baring. Tapi bila daddy angkat dan bagi Qisy berdiri, terus diam. Seronok berdiri tau 🙂

Qisy berdiri

Qisy 9 bulan 3

Qisy berdiri 2

Tahun ni adalah tahun pertama Qisy sambut Hari Raya. Meriah sangat-sangat. Kat rumah nenek Esah, ada wak, acik dan paman yang ramai! Rajin bebenor diorang ber’baraan’ (bahasa jawa yang bermaksud ziarah). Paling terharu ialah masa ‘ngepuro’ atau saling bermaaf-maafan.

Beraya kat rumah Tok Ma pulak walaupun tak banyak ziarah, tapi makan sedaaaaaaappp!!! Terutama sekali daddy yang makan roti jala buatan aunty tiap-tiap hari!

Baju raya tahun warna utama ialah Hijau kat rumah Nenek Esah dan Kuning kat rmah Tok Ma. Warna-warna lain mummy beli warna biru dan oren 🙂

Selamat Hari Raya semua!!!

Qisy Raya 2009 2

Qisy raya 2009