:: Nurul Iman Qistina ::

Author Archive

Aunty beli gaun untuk Qisy. Cantik tak?

Macam biasa, teman mummy & daddy pergi shopping.

Kacau daddy buat kerja kat ofis 🙂

Masa mummy pergi kerja, daddy lah yang main dengan Qisy… maklumlah, ofis daddy kat rumah jer…

Bergaya dengan tudung mummy 🙂

Catatan: Semua gambar di atas diambil semasa Qisy berumur 1 tahun 2 bulan.

Advertisements

Qisy minta maaf sangat-sangat pada semua kerana sudah lama tak update blog.

Bukan apa, daddy tak bagi guna laptop. Hihihi.

Hari ini Qisy nak kongsi gambar-gambar masa Qisy menjelang usia 1 tahun 1 bulan… Terima kasih pada semua yang sentiasa setia jenguk blog Qistina.

Qisy sudah jadi penyokong Manchester United… Go Wayne Rooney!!! 🙂

Qisy sentiasa setia menemani daddy & mummy pergi shopping. Susu yogurt Bliss tak boleh dilupakan!

Shopping sampai Qisy tertidur… zzzzzzzzzzzz…

Abg Aiman datang KL sama-sama ngan Qisy… Rindu Abg Aiman…

Jumpa lagi dalam entri Qisy tak lama lagi… Adios!!! Assalamu’alaikum!!!

Tanggal 13 Disember 2009 bererti Qisy dah masuk umur 1 tahun!

Tahun ni daddy dan mummy buat celebration birthday Qisy kat kampung di Kelantan. Ini dia kek yang aunty belikan. Qisy kongsi majlis birthday ngan Abg Aiman. Birthday dia 31 Ogos lepas.

Uncle Razak dan Uncle Adib serta adik-adik dia pun datang…

Ini dia hadiah yang aunty bagi untuk Qisy. Cantik tak?

Terima kasih semua atas doa-doa sehingga Qisy sihat pada hari ini. Dan terima kasih buat mummy and daddy kerana jaga Qisy, lindungi Qisy, didik Qisy, mandikan Qisy, pakaikan baju untuk Qisy dan semua yang dibuat untuk Qisy… I love both of you sooooo much!!!

Apa khabar semua?

Sori sebab dah lama tak update. Akhir-akhir ini daddy sibuk sangat so Qisy tak sempat nak guna broadband daddy 🙂

Seperti yang dijanjikan, Qisy nak tunjuk mainan yang daddy beli untuk support Qisy belajar jalan. Nak tengok? Jom tengok kat bawah!!!

Daddy kata, menurut kajian, walker tak efektif menyokong baby untuk belajar berjalan sebab walker tak membantu menguatkan kaki. Mainan yang daddy beli ni pulak memberikan kesan sebaliknya.

Bulan ni tanggal 13 November Qisy dah masuk 11 bulan. Lagi best tarikh tu ialah birthday mummy. Daddy belikan cincin untuk mummy. Romantiknya!!! 🙂

300 hari

Asalamu’alaikum!!!

Qisy dah berusia 10 bulan tau 🙂 Tapi yang tak best ialah Qisy demam 3 hari. Mummy sampai ambil cuti sehari semata-mata nak berikan ekstra perhatian untuk Qisy. Love u mummy!!! Daddy kerja sendiri, jadi tak payahlah dia mintak cuti 🙂

Dalam entri pasni Qisy nak cerita tentang mainan baru yang daddy beli untuk qisy belajar jalan. tunggu tau!!!

300 hari 2

Alamak!!! Terkantoi masa tengah main dalam ofis daddy. Huhu 🙂

Di usia 270 hari @ 9 bulan, Qisy dah mula merangkak. Hari pertama Qisy merangkak ialah semasa beraya di Kelantan.

Yang lagi best ialah Qisy kemaruk nak berdiri. Kesian kat mummy dan daddy sebab kadang-kadang (macam selalu jer, hihi) Qisy akan menangis atau merengek bila duduk atau baring. Tapi bila daddy angkat dan bagi Qisy berdiri, terus diam. Seronok berdiri tau 🙂

Qisy berdiri

Qisy 9 bulan 3

Qisy berdiri 2

Tahun ni adalah tahun pertama Qisy sambut Hari Raya. Meriah sangat-sangat. Kat rumah nenek Esah, ada wak, acik dan paman yang ramai! Rajin bebenor diorang ber’baraan’ (bahasa jawa yang bermaksud ziarah). Paling terharu ialah masa ‘ngepuro’ atau saling bermaaf-maafan.

Beraya kat rumah Tok Ma pulak walaupun tak banyak ziarah, tapi makan sedaaaaaaappp!!! Terutama sekali daddy yang makan roti jala buatan aunty tiap-tiap hari!

Baju raya tahun warna utama ialah Hijau kat rumah Nenek Esah dan Kuning kat rmah Tok Ma. Warna-warna lain mummy beli warna biru dan oren 🙂

Selamat Hari Raya semua!!!

Qisy Raya 2009 2

Qisy raya 2009

Masa Qisy umur 8 bulan, mummy dan daddy belikan kerusi khas untuk Qisy. Kata mummy, ada 2 sebab.

  1. Sebab nak senang suap Qisy makan Sebab Qisy ni manja.
  2. Qisy selalu nak mummy atau daddy atau dua-dua selalu ada sebelah Qisy. Mummy nak masak pun susah. So beli kerusi ni, letak Qisy kat dapur bersama mummy. Huhu.

Qisy 8 bulan 5

Bila dah seronok dengan kerusi ni, Qisy buat gaya macam-macam. Apa pun, thank you Mummy and Daddy!!!

Qisy 8 bulan 4

Qiosy 8 bulan 4Kenangan bersama Abg. Aiman. Best sangat kerana dapat sambut awal Ramadhan di Kelantan. Tok Ma masak best!

Qisy 8 bulan 2
Baju ni mummy beli kat Kelantan. Cantik kan?

Qisy 8 bulan 1

Nantikan entri terbaru Qisy. Qisy dah 9 bulan!